MATLAMAT & MISI YAYASAN PEKEMA

YAYASANPEKEMA-555px

  1. Yayasan PEKEMA bertindak sebagai sebuah badan amal kebajikan yang mana dana yang terkumpul untuk mengurus program-program berbentuk kebajikan yang berfaedah untuk masyarakat dan negara.

  2. Matlamat yayasan PEKEMA adalah untuk membantu dan menghulurkan sama ada berupa kewangan mahupun material (yang sesuai) kepada rakyat yang dikategorikan sebagai fakir atau miskin yang memerlukan.

  3. Yayasan PEKEMA merupakan satu yayasan di mana ahli-ahli PEKEMA sebagai komuniti perniagaan dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya melalui yayasan PEKEMA.

  4. Yayasan PEKEMA juga memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dengan membiayai yuran pelajaran, sara hidup, dan lain-lain jenis bantuan berbentuk kewangan ataupun barangan.

  5. Yayasan PEKEMA juga membantu membiayai kos perubatan dan kecemasan kepada yang memerlukan seperti kos pembedahan dan rawatan sakit kronik.

  6. Yayasan PEKEMA mulai dua tahun yang lepas telah memperuntukkan dana untuk membantu mangsa bencana alam seperti kebakaran dan banjir.