Sumbangan Kebakaran di Kampung Semariang Batu, Kuching

15 MEI 2014, KHAMIS 1:30 PETANG:

Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Kampung Semariang Batu pada 3 Mei 2014 kira-kira jam 1:30 petang.  Ia melibatkan sebuah rumah kepunyaan Encik Osman Bin Mat,  berumur  78 tahun. Seramai 10 orang penghuni di rumah tersebut terdiri daripada 5 dewasa, seorang remaja berusia 13 tahun dan 4 orang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.  Hampir 80 % rumah tersebut telah musnah termasuk 2 buah kereta dan sebuah motosikal.  Kebakaran itu juga mengakibatkan bahagian tingkap dan sebuah pendingin hawa di rumah jiran bersebelahan musnah.  Pada 15 Mei 2014 jam 1:30 petang, YBhg. Dato Hj. Othman Bin Hj. Suaidi mewakili Dato Presiden  telah berkunjung ke rumah Encik Osman Bin Mat untuk menyampaikan sumbangan wang tunai RM2000 daripada Yayasan PEKEMA Sarawak.

 

1 2 3 4 Kebakaran Kampung Semariang Batu

 

1.  Api merebak dengan pantas meranap hampir keseluruhan rumah tersebut (gambar di atas).  Keadaan rumah itu setelah api berjaya  dipadamkan(gambar di tengah).

2. YBhg. Dato Hj. Othman Bin Hj. Suaidi menyampaikan sumbangan daripada Yayasan PEKEMA Sarawak kepada Cik Paula Binti Osman, anak kepada Encik Osman Bin Mat (gambar di bawah).