Program Iftar DPMMS Dan Singgah Sahur ‘Feed The Homeless’

Pada 14 Jun yang lalu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor telah menganjurkan program Iftar dan Singgah Sahur ‘Feed The Homeless’. Program tersebut bermula pada pukul 4 petang itu dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim, kumpulan bikers ‘PEKEMA Riders Club’ dan kumpulan kenderaan 4×4 ‘ Hilux Tuners Club Malaysia. Antara acara-acara yang diadakan ialah joy ride big bike dimana memberi peluang anak-anak yatim ini merasai pengalaman menaiki big bike bersama ahli-ahli PRC. Majlis petang itu diteruskan dengan bacaan Yaasin dan Tazkirah dan majlis berbuka puasa bersama-sama tetamu kehormat dan tetamu jemputan. Para tetamu juga melakukan solat berjemaah dan pelbagai juadah disediakan ketika berbuka dan malam tersebut. Pada malam itu pula, program diteruskan dengan Singgah Sahur ‘Feed The Homeless’, dimana mereka mengedarkan bungkusan-bungkusan dan juga duit raya kepada golongan-golongan gelandangan yang kurang bernasib baik ini. Bungkusan-bungkusan ini telah disediakan oleh DPMMS selepas selesai solat Isyak dan diangkut ke tempat berkumpul pertama di Masjid Negara Kuala Lumpur oleh Hilux Tuners Club Malaysia. Mereka juga mengedarkan bungkusan ini di sekitar Jalan Tun Razak dan memberikan duit raya kepada golongon kurang bernasib baik ini. Program ini tamat pada pukul 3.00 pagi diakhiri dengan ahli-ahli sukarelawan dihidangkan dengan juadah sahur.