Program Iftar Bersama PEKEMA Riders Club (PRC)

Pada 16 Jun 2017 PEKEMA Riders Club telah mengadakan majlis berbuka puasa di Red Carpet Encorp Strand Mall Kota Damansara. Program ini bertujuan merapatkan ukhwah bersama ahli-ahli PRC. Kira-kira lebih 130 orang menghadiri majlis tersebut yang bermula pada pukul 6.30 petang dan tamat pada pukul 9.30 malam. Antara tetamu-tetamu VIP yang hadir pada malam itu ialah, Dato’ Hj Zainuddin Presiden PEKEMA dan Dato SM Zulkifli Presiden PEKEMA Riders Club (PRC). Para tugas media juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.