MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA SK SEJIJAK, PADAWAN, KUCHING

TARIKH: 21 JULAI 2014, ISNIN

MASA: 10:00 PAGI

TEMPAT: DEWAN SK SEJIJAK, PADAWAN, KUCHING.

 

Seramai 198 orang murid dari kalangan keluarga kurang mampu telah menerima sumbangan duit raya sebanyak RM100 seorang  daripada YBhg. Dato Abg. Hj. Khalid Tan Sri Datuk Amar Abg. Hj. Marzuki, Presiden PEKEMA Sarawak.  Di samping itu seramai 50 orang dewasa, ibu tunggal dan warga emas telah mendapat bantuan hari raya dalam bentuk hamper dan beras serta wang tunai sebanyak RM100  setiap seorang.  Dalam majlis itu juga, Dato Presiden telah meluluskan pemasangan “Blower” di atas bumbung tiap-tiap bilik darjah di sekolah itu  memandangkan suhu yang begitu panas ketika matahari sedang naik walaupun ada kipas siling tetapi ia tidak membantu.  YBhg. Dato Presiden telah meluluskan pemberian sumbangan sebanyak RM3000 untuk dana guru dan RM2000 bagi keceriaan sekolah. Majlis pada hari itu diserikan dengan persembahan lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh murid-murid sekolah. Majlis berakhir jam 12:00 tengahari.

Ketibaan YBhg. Dato Presiden disambut oleh Guru Besar SK Sejijak Puan Fatimah Bintu Buang.

Ketibaan YBhg. Dato Presiden disambut oleh Guru Besar SK Sejijak Puan Fatimah Bintu Buang.

 

Menghormati Lagu Kebangsaan

Menghormati Lagu Kebangsaan

 

Ucapan oleh Dato Presiden

Ucapan oleh Dato Presiden

 

Murid-murid sedang bersusun dan beratur bagi upacara menerima sumbangan.

Murid-murid sedang bersusun dan beratur bagi upacara menerima sumbangan.

 

Seorang murid perempuan sedang menerima sumbangan daripada YBhg. Dato Presiden.

Seorang murid perempuan sedang menerima sumbangan daripada YBhg. Dato Presiden.

 

Bakal penerima sumbangan bantuan terdiri daripada orang dewasa , ibu tunggal dan warga emas yang kurang berkemampuan.

Bakal penerima sumbangan bantuan terdiri daripada orang dewasa , ibu tunggal dan warga emas yang kurang berkemampuan.

 

Seorang warga emas menerima daripada sumbangan bantuan daripada YBhg. Dato Presiden.

Seorang warga emas menerima daripada sumbangan bantuan daripada YBhg. Dato Presiden.

 

Sesi bergambar beramai-ramai Dato Presiden bersama Guru Besar, Pengerusi PIBG dan para penerima sumbangan.

Sesi bergambar beramai-ramai Dato Presiden bersama Guru Besar, Pengerusi PIBG dan para penerima sumbangan.

 

Ceramah Motivasi dan Kelebihan Bulan Ramadhan oleh Al Ustaz Ahmad Syaril Bin Haron terlebih dahulu diadakan sebelum majlis penyampaian sumbangan.

Ceramah Motivasi dan Kelebihan Bulan Ramadhan oleh Al Ustaz Ahmad Syaril Bin Haron terlebih dahulu diadakan sebelum majlis penyampaian sumbangan.

 

Sesi bergambar beramai-ramai dengan penerima dewasa, warga emas dan ibu tunggal.

Sesi bergambar beramai-ramai dengan penerima dewasa, warga emas dan ibu tunggal.

 

Dato Presiden meninggalkan majlis sambil melambai-lambai kepada murid-murid.

Dato Presiden meninggalkan majlis sambil melambai-lambai kepada murid-murid.