Kajian Semula Dasar Automotif Nasional

Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diperkenalkan pada 22 Mac 2006 untuk membantu usaha transformasi dan integrasi industri automotif tempatan secara optimum ke dalam jaringan industri serantau dan global yang semakin liberal dan kompetitif. NAP merupakan teras utama dalam penggubalan hala tuju strategik industri di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), 2006-2020.

Selepas tiga setengah tahun diperkenalkan, NAP telah dikaji semula bagi mewujudkan dasar-dasar baru yang akan meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meliberalisasikan industri automotif dan konsep ‘rakyat didahulukan,’ kajian semula NAP memberi faedah kepada pengguna terutamanya dari segi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap alam sekitar.

Di bawah kajian semula NAP, pelbagai pihak dalam industri automotif telah dirujuk bagi mendapatkan maklumat terperinci dan amalan terbaik daripada sektor swasta, pertubuhan dan agensi kerajaan. Sasaran utama kajian semula NAP adalah untuk memastikan peningkatan keupayaan dan daya saing industri automotif tempatan dalam jangka panjang dengan mengambil kira perkembangan terkini industri automotif di peringkat serantau dan antarabangsa di samping menawarkan kenderaan yang lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi kepada pengguna.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai KAJIAN SEMULA DASAR AUTOMOTIF NEGARA? Ikuti pautan di bawah

Anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau aduan? Sila emailkan kepada kami dan maklumbalas sewajarnya akan diberikan kepada anda.

Ikuti Kami Di Media Sosial.

WISMA YAYASAN PEKEMA
Block 2, 02-02-02,Corporate Park, Star Central, Lingkaran Cyber Point Timur,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

03-8322 7311 / 7411 / 7611

pekemamalaysia@gmail.com