Laman Utama : Laporan Yayasan : IIUM Endowment Fund

IIUM Endowment Fund

Laporan Temuduga

Tarikh : 18 Febuari 2010
Hari : Khamis
Waktu : 10.40 pagi
Lokasi : UIA, Gombak
Penemuduga : Mohd Yusof bin Rebu
Calon temuduga : Encik Syed Ismail bin Syed Noh Alhabshi (Pengurus )

Latar Belakang:

  • Endownment Fund ini dahulu dikenali dengan nama Waqaf.
  • Merupakan sebuah badan atau department yang ditubuhkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia secara rasmi pada tahun 1999.
  • Ditubuhkan oleh rektor universiti yang kedua iaitu Prof. Datuk Dr. Abdul Hamid Abu Sulaiman. Pada masa itu, beliau memerhatikan ramai pelajar yang datang belajar di universiti menghadapi masalah kewangan yang agak serius. Kebanyakan pelajar yang dhaif ini merupakan pelajar dari luar negara.
  • Maka pada peringkat awal penubuhan, bantuan hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar dari luar negara yang bermasalah sahaja. Namun, kini pertubuhan menerima permohonan bantuan dari pelajar tempatan yang juga menghadapi masalah yang sama (terdiri dari keluarga yang dhaif lagi miskin).
  • Sehingga kini statistik menunjukkan bahawa bantuan kepada pelajar tempatan adalah lebih banyak lagi berbanding dengan pelajar luar negara.

Latar belakang pemohon:

  • Bagi kebanyakan pelajar luar negara yang dikategorikan kurang berkemampuan ini, laporan menunjukkan 70% merupakan pelajar yang menggunakan duit poket sendiri. Bagi golongan ini, kebanyakan mereka tidak ada cukup dana untuk membayar yuran pada pertengahan pengajian.
  • Ada juga antara pemohon yang sudah mendapat bantuan pinjaman seperti PTPTN tetapi mereka mengatakan pinjaman tersebut tidak cukup untuk menampung keseluruhan kos sepanjang belajar dan tinggal di universiti.
  • Pada tahun lepas, keluar berita di salah satu suratkhabar tempatan mengisahkan seorang pelajar universiti menggunakan kesemua duit pinjaman pelajaran yang diterima untuk diberi kepada keluarganya yang sangat memerlukan di kampung. Diberitakan bahawa wang tersebut digunakan untuk membiayai kos perubatan ayahnya yang sedang sakit. Secara tidak langsung, pelajar tersebut telah mengambil satu risiko yang tinggi iaitu terpaksa mengikat perut setiap hari kerana sudah tidak ada wang perbelanjaan lagi.
  • Kesimpulannya, pelajar-pelajar yang menghadapi apa jua masalah dari sudut kewangan akan diberi perhatian oleh pertubuhan ini untuk membantu (mereka dikehendaki mengisi borang dahulu, kemudian barulah diminta sama ada hendak ditemuduga atau pun tidak. Sekiranya masalah tersebut munasabah, maka barulah pertubuhan akan salurkan bantuan).

Kategori Pelajar UIAM Yang Memerlukan Bantuan:

Terdapat beberapa kategori pelajar yang memerlukan bantuan, antaranya:

  1. Graduan yang masih mempunyai yuran pengajian tertunggak

    1. Latar belakang:

      Kategori ini melibatkan para graduan yang telah tamat pengajian tetapi tidak memperolehi ijazah kerana masih mempunyai yuran pengajian yang tertunggak.
    2. Statistik dan informasi semasa

      Tunggakkan Yuran Pengajilan bagi Graduan UIAM

      Berdasarkan rekod, jumlah tertunggak bagi kategori ini adalah melebihi RM1.7 juta, dengan pecahan seperti berikut:

      Golongan
      Jumlah Yuran Pengajian Tertunggak (RM)
      Jumlah Pelajar

      Pelajar Malaysia
      RM 335,172.93
      182

      Pelajar Antarabangsa
      RM1,371,119.91
      251
    3. Implikasi daripada tunggakkan yuran pengajian:

      Pihak kami berpendapat bahawa kategori ini amat memerlukan bantuan kewangan kerana tunggakkan yuran pengajian akan menyebabkan implikasi-implikasi berikut:

      1. Walaupun para graduan telah menamatkan pengajian mereka tetapi mereka tidak anugerahkan skrol ijazah.
      2. Ini akan menghalang peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik mereka.
      3. Ketiadaan dokumen akademik daripada Universiti menyebabkan kesukaran untuk berbakti kepada masyarakat setempat berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang yang tertentu.
  2. Mahasiswa dengan yuran pengajian tertunggak

    1. Latar belakang

      Mahasiswa bagi kategori ini didapati kurang berkemampuan bagi membiayai yuran pengajian mereka yang ditetapkan oleh pihak Universiti disebabkan pelbagai masalah kewangan. Walaupun pihak Universiti cuba bersifat toleransi pada peringkat awal permasalahan, jumlah tunggakkan yang terkumpul amat besar dan ini mengakibatkan pelbagai implikasi semasa proses pembelajaran. Begitu juga reputasi Universiti ini akan terjejas jika keadaan ini berlarutan.
    2. Statistik dan informasi semasa

      Tunggakkan Yuran Pengajilan bagi Mahasiswa UIAM

      Berdasarkan rekod, jumlah tertunggak bagi kategori ini adalah melebihi RM5.2 juta, dengan pecahan seperti berikut:

      Golongan
      Jumlah Yuran Pengajian Tertunggak (RM)
      Jumlah Pelajar

      Pelajar Malaysia
      RM 2,114,100.81
      1324

      Pelajar Antarabangsa
      RM 3,153,652.06
      866
    3. Implikasi daripada tunggakkan yuran pengajian

      Di antara implikasinya ialah:
      1. Perasaan rendah diri
      2. Tiada motivasi untuk pencapaian yang lebih baik dalam pelajaran
      3. Disekat daripada mendaftar bagi sessi pengajian yang berikutnya
      4. Berhenti daripada meneruskan pengajian
  3. Pelajar miskin yang memerlukan bantuan kos sara hidup bulanan

    1. Latar belakang

      Di samping para pelajar yang mempunyai yuran pengajian tertungak seperti yang tertera di atas, fungsi IEF juga tertumpu kepada mencari dana bagi membantu pelajar dalam kategori yang ke-3, iaitu pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk perbelanjaan harian dan bulanan.

      Buat masa ini, sebahagian daripada pelajar dalam kategori ini menerima bantuan melalui kutipan Zakat pendapatan kakitangan UIAM. Walaubagaimanapun, jumlah bantuan adalah jauh lebih rendah daripada sasaran yang diperlukan.

      Secara kasarnya, jumlah yang diperlukan bagi setiap pelajar bagi kos sara hidup bulanan adalah RM400.00
    2. Implikasi

      Melalui pemerhatian pihak kami, pelajar daripada kategori ini amat terdedah kepada implikasi-implikasi berikut:
      1. Perasaan rendah diri
      2. Tiada motivasi untuk pencapaian yang lebih baik dalam pelajaran
      3. Memilih untuk mencari pendapatan sampingan yang menyebabkab tumpuan kepada pelajaran mereka terjejas
      4. Berhenti daripada meneruskan pengajian

Dana Pertubuhan:

  • Pertubuhan ada menerima bantuan kewangan dari organisasi-organisasi atau pun individu-individu terutama dari kakitangan universiti yang memberi sumbangan atas nama pemberian zakat (sama ada zakat harta simpanan atau pun perniagaan).
  • Ada juga individu atau organisasi yang memberikan sumbangan atau nama sedekah kepada pihak pertubuhan.
  • Bagi dana yang diterima atas nama sedekah, pertubuhan akan membuat pelaburan dari dana tersebut untuk mengembangkan sumber pendapatan yang ada. Secara tidak langsung, akan memberi penambahan sumber dana yang sedia ada.
  • Antara organisasi yang memberikan bantuan seperti bank, yayasan, dan syarikat swasta.

Harapan:

  • Saban tahun, pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi kewangan semakin meningkat. Mereka betul-betul terdesak mengharapkan bantuan kepada yang sudi menghulurkan bantuan. Bagi pihak Endownment Fund pula, dana yang ada semakin susut atas beberapa faktor. Maka, besarlah harapan kepada YAYASAN PEKEMA untuk sama-sama memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar ini.
pejabat pertubu...

Pertubuhan ini telah mendapat bantuan sebanyak RM10,000.

Yayasan Pekema

Log Masuk Ahli Pekema