Free songs
  • Penyampaian Sumbangan oleh Pn Kijan Langit

    By admin on August 15, 2014
    0
    0
    7 APRIL 2014, ISNIN JAM 10:00 PAGI: Dua buah Persatuan dan dan sebuah masid di bandar ini telah menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan PEKEMA Sarawak pada tarikh seperti tersebut di atas.  Semua sumbangan telah disampaikan oleh Puan Kijan Langit, Ahli Jawatankuasa PEKEMA Sarawak di Sekretariat PEKEMA Jalan Green Kuching.            
  • Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak & Sumbangan Mesin Jahit kepada En Awg Abu Bakar Bin Awg Yusup

    By admin on August 15, 2014
    0
    0
    Penyampaian sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Bagi  Orang Buta  Sarawak  telah diadakan pada tarikh seperti tersebut di atas di Sekretariat PEKEMA Sarawak, Jalan Green Kuching.  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Adenan Haji Esmit, Ahli Jawatankuasa merangkap Ketua Biro Kebajikan, PEKEMA Sarawak kepada Encik Albert Phua, Naib Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak.   Pada hari yang  sama Yayasan PEKEMA […]
  • Penyampaian Sumbangan Kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Murni

    By admin on August 15, 2014
    0
    0
    3 MAC 2014, ISNIN JAM 2:30 PETANG : Penyerahan barang keperluan dapur dan barang keperluan harian termasuk 4 golong karpet berukuran 280x370cm kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Murni (PKPNM) yang beralamat di  Asrama Kebajikan Nur Murni, No.22, Lot 1365, Lorong Field Force 8E, Taman Green Field , Batu Kawa, Kuching oleh YBhg. Dato Abg. Hj. Khalid Tan Sri Abg. […]
  • Kunjungan ke Kediaman En. Awg Abu Bakar Bin Awg Yusup

    By admin on August 15, 2014
    0
    0
    25 FEBRUARI 2014, SELASA JAM 4:00 PETANG : Pada tarikh seperti tercatit di atas dan atas arahan  Dato Presiden, 3 orang kakitangan PEKEMA Sarawak telah berkunjung ke kediaman (rumah sewa) Encik Awang Abu Bakar bin Awang Yusup di Kpg Surbaya Ulu, Petra Jaya, Kuching untuk meninjau keadan  yang berlaku ke atas keluarga ini.  Menurut laporan yang diterima, isteri kepada Awang […]
  • Sumbangan Kepada Adik Rahmat Bin Mostapha Bertempat di Kampung Rampangi, Semariang, Kuching

    By admin on August 15, 2014
    0
    0
    SUMBANGAN KEPADA  ADIK RAHMAT BIN MOSTAPHA BERTEMPAT DI KAMPUNG RAMPANGI, SEMARIANG, KUCHING: 17 FEBRUARI 2014, ISNIN JAM 3:30 PETANG : Pada tarikh, hari dan masa seperti tercatit di atas Exco PEKEMA Sarawak diketuai of YBhg. Dato Abang Haji  Khalid Tan Sri Abang Haji Marzuki serta Timbalan beliau Tuan Haji Ismail Abang Saufi dan Penolong Setiausaha Encik Erwan Eswandie Haji Ahmad […]
  • Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampuang Semariang Pinggir, Kuching

    By admin on August 15, 2014
    0
    0
    SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUANG SEMARIANG PINGGIR, KUCHING 28 Januari 2014, Selasa jam 4:00 Petang : Kebakaran sebuah rumah sewa di Kampung Semariang Pinggir, Kuching  berlaku pada hari Isnin 27 Januari 2014  jam 10:00 pagi melibatkan tiga keluarga (16 orang dewasa dan kanak-kanak) mengakibatkan kehilangan tempat tinggal dan harta benda dan  buat sementara waktu mereka ditempatkan  di dewan serbaguna […]
  • Sumbangan kepada Sekolah Rendah Agama Subang Mewah

    By admin on August 13, 2014
    0
    0
    Pada 29 Januari 2014 (Rabu), telah diadakan satu penyerahan sumbangan kepada Sekolah Rendah Agama Subang Mewah. Sumbangan telah diserahkan oleh Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA merangkap Bendahari Kehormat PEKEMA iaitu YBhg. Dato’ Hj. Nik Izani Nik Ibrahim. Pengetua sekolah iaitu Ustaz Husaini bin Hj. Selamat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dato’ ke sekolah berkenaan  yang terletak di Persiaran Subang Mewah, Subang […]
  • Majlis Malam Amal PEKEMA Sabah 2014

    By admin on July 24, 2014
    0
    0
    Pada 21hb Jun, Sabtu, telah diadakan Majlis Malam Amal PEKEMA Sabah. Majlis ini adalah sempena Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Cawangan Sabah kali ke-15 yang diadakan pada 22hb Jun, Ahad. Majlis Malam Amal ini juga bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pelajar dan badan-badan kebajikan disamping dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli PEKEMA secara amnya dan PEKEMA Sabah secara khususnya. Antara yang hadir […]
  • Sumbangan kepada pelajar Kg. Darau

    By admin on July 24, 2014
    0
    0
    Pada 12hb Jun, Khamis, Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan sebanyak RM2,000.00 kepada pelajar Sekolah Rendah Kg. Darau, Menggatal, Kota Kinabalu. Sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Pentadbiran & Kewangan, En. Noormasyah A. Nurdin mewakili Presiden PEKEMA Sabah, YB. Datuk Rozman Datuk Hj. Isli kepada Talid Bin Aneh. Sumbangan disampaikan di pejabat PEKEMA Sabah.
  • Laporan Penuh Aktiviti PEKEMA Cawangan Sabah Jun 2014

    By admin on July 24, 2014
    0
    0
    1. Mesyuarat Lembaga Pengarah Anak Syarikat PEKEMA.             YB. Datuk Rozman Datuk Haji Isli menghadiri Mesyurat Lembaga Pengarah Anak Syarikat PEKEMA yang diadakan pada 10hb Jun, Selasa. Mesyuarat bermula jam 10:00 pagi dan bertempat di Sekretariat PEKEMA. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengesahkan minit mesyurat yang lalu, melaporkan aktiviti-aktiviti, membincangkan perancangan anak-anak syarikat pada masa hadapan, serta membincangkan lain-lain hal dan […]