Free songs
  • MESYUARAT KEDUA KEJOHANAN JORAN AMAL PEKEMA SABAH

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Pada 27hb Mac, Khamis, telah diadakan mesyuarat kedua Kejohanan Amal PEKEMA Sabah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PEKEMA, En. Ridzuan @ Wan Hj. Lassim dan dihadiri oleh Fish Hunter Club, En. John Tam, Layaran Even Management, En. Sofyan Awang dan Kolej Multimedia Sabah, Cik Sylvia Joe bersama pelajar-pelajar kolej. Turut hadir staf PEKEMA Sabah En. Mohamad Yatim dan En. […]
  • MESYUARAT PERTAMA KEJOHANAN JORAN AMAL PEKEMA SABAH

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    PEKEMA Sabah berhasrat untuk mengajurkan pertandingan memancing. Ini merupakan program amal yang mana hasil kutipan dari yuran pertandingan akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan. Bagi membincangkan hal-hal berkaitan perlaksanaan pertanding tersebut, satu perjumpaan/mesyuarat telah diadakan bersama pengendali pertandingan iaitu Fish Hunter Club yang diwakili oleh En. John Tam dan Layaran Event Management yang diwakili oleh En. Sofyan Awang. PEKEMA Sabah juga […]
  • SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG. RAMPAYAN, MENGGATAL

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Sebanyak 7 buah rumah telah hangus dalam nahas kebakaran yang berlaku pada 20hb Februari lalu, Khamis. Kebakaran ini menyebabkan lebih kurang 32 penduduk (dalam anggaran kasar)  kehilangan tempat tinggal mereka namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Simpati kepada nasib mangsa, Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan sebanyak RM2,000.00 kepada 8 keluarga yang terlibat dalam nahas kebakaran tersebut. Sumbangan ini di sampaikan oleh […]
  • SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI TENOM, KENINGAU DAN BEAUFORT, SABAH DAN SUMBANGAN MANGSA TANAH RUNTUH DI LABUAN

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Baharu-baharu ini Sabah telah dikejut dengan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan iaitu Keningau, Tenom dan Beaufort. Banjir ini merupakan yang terburuk direkodkan sejak Taufan Greg yang melanda Sabah pada 26 Disember 1996 lalu. Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk dengan Beaufort dan Tenom mencatatkan kawasan yang paling terjejas dilanda banjir. Di Beaufort sahaja, seramai lebih kurang 2,418 mangsa-mangsa […]
  • SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN UNTUK MEMBAIKI RUMAH YANG TELAH USANG

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Pada 8hb Februari, Sabtu, Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan sebanyak RM1,200.00 kepada Binting Bin Kota. Puan Binting merupakan seorang warga tua dan tergolong dalam keluarga miskin yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan bertujuan untuk membaiki rumah beliau yang telah usang. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden PEKEMA Sabah, En. Ridzuan @ Wan Hj. Lassim.
  • SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA SUBANG MEWAH

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Pada 29 Januari 2014 (Rabu), telah diadakan satu penyerahan sumbangan kepada Sekolah Rendah Agama Subang Mewah. Sumbangan telah diserahkan oleh Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA merangkap Bendahari Kehormat PEKEMA iaitu YBhg. Dato’ Hj. Nik Izani Nik Ibrahim. Pengetua sekolah iaitu Ustaz Husaini bin Hj. Selamat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dato’ ke sekolah berkenaan yang terletak di Persiaran Subang Mewah, Subang […]
  • SUMBANGAN KEPADA RUMAH LINDUNGAN KASIH

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Pada 27 Januari 2014 (Isnin) yang lepas, telah diadakan satu penyerahan sumbangan kepada Rumah Lindungan Kasih. Sumbangan telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi Yayasan PEKEMA merangkap Presiden PEKEMA iaitu YBhg. Dato’ Hj. Zainuddin Abd Rahman. Penyerahan berlangsung di tapak penginapan Rumah Lindungan Kasih iaitu di Taman Suria, Tampin Negeri Sembilan. Hadir bersama ialah Tuan Haji Wahid Lasiman, AJK PEKEMA. Yayasan PEKEMA […]
  • SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA KOTA KINABALU SABAH (SAHABAT)

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu Sabah (SAHABAT) telah memohon kepada Yayasan PEKEMA untuk menyumbang dana kewangan kepada pertubuhan mereka untuk tujuan membeli kenderaan pacuan 4 roda dan van untuk tujuan dakwah seluruh Sabah dan mengendalikan kelas-kelas bimbingan terutamanya kepada mualaf. Pertubuhan ini berfungsi untuk membantu merancang dan mengurus hal ehwal pengajian agama dan kebajikan para mualaf yang baharu dan […]
  • SUMBANGAN KEPADA PENGHUNI RUMAH WARGA TUA SRI PRITCHARD KINARUT, PAPAR

    By admin on July 16, 2014
    0
    0
    Atas permintaan dari ahli bersekutu untuk memberi sumbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2014. Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan kepada penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut, Papar pada 25hb Januari lalu, Sabtu. Program ini turut disertai oleh staf dan pelajar-pelajar dari Kolej Multimedia Sabah. Sumbangan yang diberikan berupa wang tunai (ang pau), limau dan lain-lain barangan keperluan. Sumbangan ini […]
  • SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL HASAN KL

    By admin on July 10, 2014
    0
    0
    Pada 16 Januari 2014 (Khamis), telah diadakan satu penyerahan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur. Sumbangan telah diserahkan oleh Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA merangkap Naib Presiden PEKEMA iaitu Puan Sharifah Noor Syed Abd Rahman. Bendahari pertubuhan iaitu Ustaz Dino Rizal bin Suratman berbesar hati menerima kunjungan Puan Sharifah di pertubuhannya yang terletak di Terminal IKS Pantai Dalam. Pertubuhan […]

Copyright 2014 | Powered By Apeg Technology Sdn Bhd