KUNJUNGAN KE PUSAT TUISYEN MUTIARA SURIA BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEKEMA BERBAKTI

 

12 JULAI 2014, SABTU JAM 10:00 PAGI:

Pada tarikh, hari dan masa tercatit di atas, Presiden PEKEMA Sarawak YBhg. Dato Abg. Hj. Khalid Tan Sri Datuk Amar Abg. Hj. Marzuki telah melawat Pusat Tuisyen Mutiara Suria di pejabat cawangannya di Sukma Commercial Centre, Jalan Sultan Tengah, Kuching untuk melihat sendiri perkembangan di sana.  Setibanya YBhg. Dato Presiden di Pusat tersebut, beliau telah sambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Tuisyen Mutiara Suria, Encik Gaddafi Bin Abu Talib dan staf dan dibawa masuk ke dalam dewan di mana “Sesi Motivasi Terbesar Tahun 2014” sedang berlangsung melibatkan seramai 250 murid dari SK Astana.  Sebelum itu Pusat Tuisyen Mutiara Suria dengan kerjasama dan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Sarawak telah menjemput seramai 10,000 orang pelajar dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam Bahagian Kuching untuk mengikuti Sesi Motivasi di Pusat tersebut.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mengusai kemahiran sebelum menduduki peperiksaan sebenar UPSR, PT3, SPM dan STPM.  Sejak program ini diperkenalkan pada 21 Jun 2014 seramai lebih 2000 pelajar telah mengambil bahagian dan telah mendapat manfaat daripadanya. Semasa kunjungan tersebut, Dato Presiden berkesempatan menemui murid-murid yang mengikuti sesi motivasi dan  menemui pihak media  tempatan untuk memberi keterangan mengenai perjalanan program tersebut.  Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan PEKEMA Sarawak dan ptms

Ketibaan Dato Presiden ke cawangan Pusat Tuisyen Mutiara Suria di Sukma Commercial Centre, Jalan Sultan Tengah, Kuching.

 

Dato Presiden sedang berucap serta menyuntik kata-kata semangat kepada mudrid-murid yang hadir pada sesi motivasi pada pagi itu.

Dato Presiden sedang berucap serta menyuntik kata-kata semangat kepada mudrid-murid yang hadir pada sesi motivasi pada pagi itu.

 

Perjumpaan dengan para media tempatan.

Perjumpaan dengan para media tempatan.

 

Gambar kenangan Dato Presiden bersama CEO, Penasihat, Guru-Guru Pengiring dan pakar motivasi.

Gambar kenangan Dato Presiden bersama CEO, Penasihat, Guru-Guru Pengiring dan pakar motivasi.

 

Gambar kenangan Dato Presiden bersama Ceo, Penasihat dan staf PTMS.

Gambar kenangan Dato Presiden bersama Ceo, Penasihat dan staf PTMS.

 

Kelihatan murid-murid bagitu bersemangat sekali semasa mengikuti sesi motivasi pada pagi itu.

Kelihatan murid-murid bagitu bersemangat sekali semasa mengikuti sesi motivasi pada pagi itu.

 

Gambar beramai-ramai murid-murid bersama pakar motivasi, penasihat dan staf PTMS.

Gambar beramai-ramai murid-murid bersama pakar motivasi, penasihat dan staf PTMS.